Monday, October 12, 2009
Hayatilah BerSaMA-saMA
...PESAN ABANG & AKAK..
ADIKKU MUDA REMAJA
AWASI BILA MELANGKAH
WAJAHMU MANIS BAK GULA
PASTI RAMAI KAN TERGODA
TIDAK DILARANG KAU BERSUKA
ASAL TAHUKAN BATASNYA
JANGAN SAMPAI ADIK TERLUPA
HARAPAN & CITA-CITA
IBU & AYAH
MENARUH HARAPAN
AGAR KAU BERJAYA
DIHARI KEMUDIAN
BILA TIBA WAKTU PETANG
DARI SEKOLAH KAU PULANG
BERGALAS BUKU DIPINGGANG
SIAPA LIHAT TERTAWAN
ADIK MASIH BERSEKOLAH
AWAS SEGALA DUGAAN
ADIKKAN AMBIL PERIKSA
AGAR SENANG…MASA DEPAN
TUMPUKAN PERHATIAN
DENGAN SEPENUHNYA
SERAHKAN SELAINNYA
KEPADA YANG ESA
BILA ADIK TELAH BERJAYA
KAMI KAN TURUT GEMBIRA
TAPI ANDAI SEBALIKNYA
JANGAN KAU RASA KECEWA
SEKALI ADIK TERKANDAS
BUKAN UNTUK SELAMANYA
DIHATI SEMATKAN PESANAN
INGAT KAMI………..TETAP SAYANG………
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 1:47 AM 0 comments
MaSA iTu EmAS
Cara merebut masa
Di sini dibawakan ucapan salah seorang ulama’ iaitu Syeikh Abdul Fatah Abu Ghaddah, di mana beliau pernah berkata: “ Sesungguhnya perbuatan paling penting sekali dalam membantu seseorang untuk merebut masa ialah :
-Mengatur program dengan teratur
-Menjauhkan diri dari menyertai majlis bersifat sia-sia
-Meninggalkan perbuatan dan pertuturan yang melalaikan
-Bergaul dengan ulama’ dan mereka yang berfikiran cergas
-Bersungguh-sungguh dalam bekerja
-Membaca kisah-kisah para ulama’(yang mempunyai sejarah yang baik)sebagai motivasi dan ikutan… kerana ia akan menerbitkan suatu
semangat untuk menghargai dan menjaga masa. Ketahuilah bahawa usia yang panjang pada diri seseorang itu akan beransur lenyap sehari demi sehari dan engkau akan lupa bahawa ia berjalan dengan laju. Yang telah lepas tidak akan berlalu lagi, inilah yang menyebabkan engkau leka dan tidak mengambil faedah darinya.”
Wahai saudara-saudari yang mulia,
Setiap kali usia engkau meningkat tua, maka ketika itulah tanggungjawab engkau semakin besar, hubungan engkau dengan orang lain semakin banyak, masa engkau semakin sempit, tenaga dan kekuatan engkau semakin kurang, tubuh badan bertambah lemah, mutu kesihatan semakin rendah, beban kerja bertambah dan masa menyuntukkan. Oleh itu bersegerelah kamu merebut masa dalam umurmu.
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 1:30 AM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
Friday, October 9, 2009
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 7:28 PM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
MeNgGaPaI GaRIs FiNiSh DeNgaN keYakiNaN
Ke Mana Arah Tuju Anda??? Tepuk Dada Tanyalah Hati Anda!!!
Pagi yang indah dengan dedaunan yang hijau serta sinar matahari dari ufuk timur menambah rasa syukur kita yang teramat dalam hidup ini kerana memang tak ada yang sia-sia diciptakan oleh Khalik.
Begitu indahnya hasil ciptaan-Nya sehingga begitu bermanfaatnya dalam kehidupan sehari-hari.Tuhan menciptakan ini semua tentu dengan sebuah target sampai sempurna.
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 5:52 AM 0 comments
Saturday, September 12, 2009
JOm SaMA-saMa kiTa SaHUt CaBAraN!!!
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 10:16 PM 0 comments
Wednesday, September 9, 2009
MenGgaPai PenCApaiAn TeRHebaT SumBER MoTIvaSI
Andai kata Anda rabun jauh dan sering ditertawakan dek 'kerabunan' Anda tu, Anda akan rasa malu, terpukul dan kecewa. Bahkan, Anda menyalahkan takdir kerana menjadikan Anda bermata rabun yang menyebabkan Anda terpaksa memakai kaca mata.
Lama-kelamaan Anda cederung memencilkan diri dan asyik memikir kekurangan Anda yang bermata rabun.
Jika Anda ada pemikiran sebegini, hentikan segera. Ia bukan saja meruntuhkan jati diri Anda, bahkan merobohkan kekuatan dalaman yang sebenarnya ada pada Anda. Dalam keadaan tadi, Anda lebih cenderung memfokus pada kekuarangan diri, misalnya bermata rabun.
Lebih banyak Anda memfokus pada kekurangan diri, lebih banyak juga kekurangan yang Anda dapat. Apa saja yang Anda usahakan menjadi kurang, serba tak sempurna.
Last-last, tak menjadi. Semua berpunca dari fikiran Anda yang memfokus pada kekurangan diri.
Mulai hari ini, ubah fokus Anda. Gali kekuatan Anda.
Tanya diri apa yang Anda boleh buat lebih baik dari orang lain dan apa yang Anda tahu lebih banyak dari orang lain?. Tak perlu lagi merintih. Fokus kepada kekuatan Anda.
Orang-orang yang berjaya, banyak kekurangan sebenarnya. Ada yang datang dari keluarga miskin, berpecah belah, orang susah dan ada juga yang cacat fizikal.
Tapi, orang-orang yang 'kurang' inilah yang banyak mencipta rekod dunia, menggapai kejayaan lebih banyak dari orang yang 'sempurna'.
Mereka tak menjadikan kekurangan fizikal tu sebagai alasan, halangan dan sempadan untuk memajukan diri, tetapi mereka set matlamat yang tinggi lalu berusaha keras mencapainya. Kekurangan diri menjadi perkara kedua.
Oleh kerana selalu diketawakan, dipermainkan dan diperbodoh-bodohkan, mereka tekad memajukan diri supaya dapat diterima, dikenali dan disanjung. Kesannya, ramai dari mereka yang menjadi cemerlang.
Mereka push diri sendiri memburu kejayaan dan meninggalkan 'masa hitam' mereka jauh di belakang. Kenapa pula? Sebab mereka meletak sasaran jauh ke depan, memfokus lalu mengatur strategi untuk tahun-tahun akan datang.
Mereka sedar mereka ada kekurangan dan sedia menerimanya. Mereka tahu kekurangan itu sudah tidak boleh diubah. Tetapi, masa depan masih boleh mereka ubah mulai hari ini!
Anda perlu banyak bersabar bila orang selalu ketawakan Anda, mempermain-mainkan Anda, memprobodohkan, memandang rendah kebolehan Anda ataupun mengejek kekurangan Anda.
Sabar paling perlu di saat ini. Anda perlu kuat menghadapi semua itu, jangan sesekali mengalah.
Andai Anda rasa tak bersemangat, kecewa dan rasa tak ada inspirasi, jangan simpan lama-lama emosi tersebut. Ubah ketawa mereka menjadi satu cabaran supaya Anda menjadi lebih cemerlang dari mereka yang memperlekehkan Anda.
Biasanya orang sebegini malas nak memajukan diri, apatah lagi nak meletak matlamat.
Dekatkan diri Anda dengan kisah-kisah kejayaan orang lain. Jauhkan diri dari mereka yang selalu mentertawakan Anda. Latih diri rajin berdoa, serajin yang mungkin, minta pada Tuhan supaya Anda diberi kekuatan dan kerajinan berusaha.
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Bila kita kata pada diri sendiri yang kita kuat, maka kita jadi kuat.
Bila kita kata pada diri sendiri kita ni lemah, tak guna dan kita ni langsung tak ada kebolehan (seperti yang mereka kata) maka itu yang akan jadi.
Ubah pemikiran Anda. Kemudian, tambahkan ilmu, gandakan usaha.
Fikir, yang Anda ada bakat dan Anda boleh buat apa saja yang Anda mahu. Fikirkan itu...cuma itu saja.
Katakan pada diri sendiri, minda Anda hebat, fizikal Anda hebat. Anda boleh membentuk diri sendiri menjadi orang yang hebat, sebab Anda dah dikurniakan minda yang sama hebat dengan orang yang hebat.
Jadi, ambil keputusan untuk menggapai satu pencapaian yang terhebat!
UsaHA tAnGGa KeJaYAaN.....SElaMat MenCubA!!! ('.....')
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 4:20 PM 0 comments
Anda ingin menjadi pelajar cemerlang?
by sssm0607_um.edu.
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 12:40 AM 0 comments
Wednesday, September 2, 2009
Ahlan wahsahlan
Ahlan wahsahlan kepada pengunjung blog kami.. Nantikan kemunculan kami di blog ini dengan pelbagai input yang berguna dan sensasi.. Sebarang cadangan dan komen amatlah di alu-alukan.. Salam cahaya kecemerlangan.. TUNGGU!!!
Posted by cAHayAmOtiVAsI at 1:32 AM 0 comments