? ??????????????Reflective Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.1 (7 Ratings)??3 Grabs Today. 2166 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Simple Elegance? ????? ?? ???Rating: 4.4 (17 Ratings)??3 Grabs Today. 5412 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????I Am B BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Photobucket
Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one



MyCartopia.com Click here to get one

Wednesday, September 9, 2009

MenGgaPai PenCApaiAn TeRHebaT SumBER MoTIvaSI


by sssm0607_um.edu.my
Seringkali bila impian Anda diperlekeh, kerajinan Anda dipandang rendah dan apa jua yang Anda usahakan diperli, Anda jadi murung. Bahkan, Anda jadi rasa tak bersemangat langsung.

Andai kata Anda rabun jauh dan sering ditertawakan dek 'kerabunan' Anda tu, Anda akan rasa malu, terpukul dan kecewa. Bahkan, Anda menyalahkan takdir kerana menjadikan Anda bermata rabun yang menyebabkan Anda terpaksa memakai kaca mata.

Lama-kelamaan Anda cederung memencilkan diri dan asyik memikir kekurangan Anda yang bermata rabun.

Jika Anda ada pemikiran sebegini, hentikan segera. Ia bukan saja meruntuhkan jati diri Anda, bahkan merobohkan kekuatan dalaman yang sebenarnya ada pada Anda. Dalam keadaan tadi, Anda lebih cenderung memfokus pada kekuarangan diri, misalnya bermata rabun.

Lebih banyak Anda memfokus pada kekurangan diri, lebih banyak juga kekurangan yang Anda dapat. Apa saja yang Anda usahakan menjadi kurang, serba tak sempurna.

Last-last, tak menjadi. Semua berpunca dari fikiran Anda yang memfokus pada kekurangan diri.
Mulai hari ini, ubah fokus Anda. Gali kekuatan Anda
.

Tanya diri apa yang Anda boleh buat lebih baik dari orang lain dan apa yang Anda tahu lebih banyak dari orang lain?. Tak perlu lagi merintih. Fokus kepada kekuatan Anda.

Orang-orang yang berjaya, banyak kekurangan sebenarnya. Ada yang datang dari keluarga miskin, berpecah belah, orang susah dan ada juga yang cacat fizikal.

Tapi, orang-orang yang 'kurang' inilah yang banyak mencipta rekod dunia, menggapai kejayaan lebih banyak dari orang yang 'sempurna'.

Mereka tak menjadikan kekurangan fizikal tu sebagai alasan, halangan dan sempadan untuk memajukan diri, tetapi mereka set matlamat yang tinggi lalu berusaha keras mencapainya. Kekurangan diri menjadi perkara kedua.

Oleh kerana selalu diketawakan, dipermainkan dan diperbodoh-bodohkan, mereka tekad memajukan diri supaya dapat diterima, dikenali dan disanjung. Kesannya, ramai dari mereka yang menjadi cemerlang.

Mereka push diri sendiri memburu kejayaan dan meninggalkan 'masa hitam' mereka jauh di belakang. Kenapa pula? Sebab mereka meletak sasaran jauh ke depan, memfokus lalu mengatur strategi untuk tahun-tahun akan datang.

Mereka sedar mereka ada kekurangan dan sedia menerimanya. Mereka tahu kekurangan itu sudah tidak boleh diubah. Tetapi, masa depan masih boleh mereka ubah mulai hari ini!

Anda perlu banyak bersabar bila orang selalu ketawakan Anda, mempermain-mainkan Anda, memprobodohkan, memandang rendah kebolehan Anda ataupun mengejek kekurangan Anda.

Sabar paling perlu di saat ini. Anda perlu kuat menghadapi semua itu, jangan sesekali mengalah.

Andai Anda rasa tak bersemangat, kecewa dan rasa tak ada inspirasi, jangan simpan lama-lama emosi tersebut. Ubah ketawa mereka menjadi satu cabaran supaya Anda menjadi lebih cemerlang dari mereka yang memperlekehkan Anda.

Biasanya orang sebegini malas nak memajukan diri, apatah lagi nak meletak matlamat.

Dekatkan diri Anda dengan kisah-kisah kejayaan orang lain. Jauhkan diri dari mereka yang selalu mentertawakan Anda. Latih diri rajin berdoa, serajin yang mungkin, minta pada Tuhan supaya Anda diberi kekuatan dan kerajinan berusaha.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Bila kita kata pada diri sendiri yang kita kuat, maka kita jadi kuat.

Bila kita kata pada diri sendiri kita ni lemah, tak guna dan kita ni langsung tak ada kebolehan (seperti yang mereka kata) maka itu yang akan jadi.

Ubah pemikiran Anda. Kemudian, tambahkan ilmu, gandakan usaha.

Fikir, yang Anda ada bakat dan Anda boleh buat apa saja yang Anda mahu. Fikirkan itu...cuma itu saja.

Katakan pada diri sendiri, minda Anda hebat, fizikal Anda hebat. Anda boleh membentuk diri sendiri menjadi orang yang hebat, sebab Anda dah dikurniakan minda yang sama hebat dengan orang yang hebat.

Jadi, ambil keputusan untuk menggapai satu pencapaian yang terhebat!

UsaHA tAnGGa KeJaYAaN.....SElaMat MenCubA!!! ('.....')

0 comments: