by sssm007_um.edu.my
RAhsIA keJAyAaN...
1. Mesti Rasa Ingin Berjaya
Kejayaan akan mendatang jika anda menginginkannya terlalu sangat. Jika didorong oleh rasa yang kuat untuk berjaya atau mencapai kejayaan diri,anda menjadi umpama magnet yang kuat yang akan menarik segala bentuk kejayaan atau jalannya ke arah anda.Percayalah jika kuat hasrat,keinginan serta kemahuan anda terhadap kejayaan maka akan datanglah segala bentuk bantuan, jalan, lorong atau peluang untuk andaseolah-olah semua itu mengerti akan kemahuan anda.
2. Selarikan Minda dan Rasa
Minda akan menerima isyarat rasa lalu menganalisis dan mengakses maklumat untuk diterjemahkan kepada perbuatan.Di sinilah selalunya pengaliran tenaga itu tidak lancar kerana minda tidak positif, tidak terbuka malah dibelenggu dengan kepercayaan karut yang telah andaprogramkan sebelum ini.Selarikan minda dan rasa anda. Jika rasa untuk berjaya itu begitu kuat, maka minda juga harus menerima yang kejayaan itu begitu mudah untuk dicapai.
3. Kayakan Jiwa dan Peribadi Mulia
Hiasi diri dan peribadi anda dengan sifat-sifat yang positif dan terpuji.Sifat-sifat ini penting bagi membersihkan diri, jiwa dan minda.Inilah caranya yang paling efektif di dalam membentuk personaliti unggul kerana menyemai kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan kaya dengan peribadi mulia serta nilai-nilai murni. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen positif yang akan menjadi pemangkin kejayaan anda.
4. Jangan Takutkan Kegagalan
Mungkin inilah juga punca utama kenapa seseorang itu tidak berjaya kerana terlalu takutkan kegagalan. Ini ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang "takut apa orang kata".Baik atau buruk yang anda lakukan,manusia akan terus bercakap.Anda harus fokus kepada diri anda sendiri dan tanyakan soalan; "Haruskah aku mendengar cakap orang lain atau diriku?" Ingat semua akan janji pada diri anda, wawasan dan matlamat anda.Usah pedulikan suara-suara sumbang itu. Lihat pada mereka dan berkatalah bahawa anda tidak akan jadi seperti mereka.
5. Anda Terlalu Istimewa
Perasaan ini penting untuk membuatkan diri anda mempunyai nilai yangtinggi dan hebat. Selalulah berkata-kata dan berdialog dengan dirianda seperti "I'm great" atau "I'm the best".Percayalah saranan-saranan begini,anda akan merangsang diri anda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi.Untuk membina kekutan dalaman,anda harus menyayangi dan menyanjungi diri sewajarnya.Jangan asyik memuji orang hinggakan terlupa diri sendiri.Itulah sebabnya anda tidak mencapai kejayaan kerana diri anda sendiri merajuk dan tidak pernah dirangsang.
Insan-insan yang berjaya adalah dikalangan mereka yang menurut kata hati sendiri, tahu apa yang dikehendaki dan sentiasa merasakan dirinya terlalu istimewa dan berharga.
aNDa pAStI BoLEh!!!
sALaM pERjUaNGaN DaRI kAMi sssm0607... ('...')
0 comments:
Post a Comment