? ??????????????Reflective Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.1 (7 Ratings)??3 Grabs Today. 2166 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Simple Elegance? ????? ?? ???Rating: 4.4 (17 Ratings)??3 Grabs Today. 5412 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????I Am B BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Photobucket
Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one



MyCartopia.com Click here to get one

Saturday, September 12, 2009

JOm SaMA-saMa kiTa SaHUt CaBAraN!!!

by sssm007_um.edu.my
RAhsIA keJAyAaN...
1. Mesti Rasa Ingin Berjaya
Kejayaan akan mendatang jika anda menginginkannya terlalu sangat. Jika didorong oleh rasa yang kuat untuk berjaya atau mencapai kejayaan diri,anda menjadi umpama magnet yang kuat yang akan menarik segala bentuk kejayaan atau jalannya ke arah anda.Percayalah jika kuat hasrat,keinginan serta kemahuan anda terhadap kejayaan maka akan datanglah segala bentuk bantuan, jalan, lorong atau peluang untuk andaseolah-olah semua itu mengerti akan kemahuan anda.
2. Selarikan Minda dan Rasa
Minda akan menerima isyarat rasa lalu menganalisis dan mengakses maklumat untuk diterjemahkan kepada perbuatan.Di sinilah selalunya pengaliran tenaga itu tidak lancar kerana minda tidak positif, tidak terbuka malah dibelenggu dengan kepercayaan karut yang telah andaprogramkan sebelum ini.Selarikan minda dan rasa anda. Jika rasa untuk berjaya itu begitu kuat, maka minda juga harus menerima yang kejayaan itu begitu mudah untuk dicapai.
3. Kayakan Jiwa dan Peribadi Mulia
Hiasi diri dan peribadi anda dengan sifat-sifat yang positif dan terpuji.Sifat-sifat ini penting bagi membersihkan diri, jiwa dan minda.Inilah caranya yang paling efektif di dalam membentuk personaliti unggul kerana menyemai kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan kaya dengan peribadi mulia serta nilai-nilai murni. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen positif yang akan menjadi pemangkin kejayaan anda.
4. Jangan Takutkan Kegagalan
Mungkin inilah juga punca utama kenapa seseorang itu tidak berjaya kerana terlalu takutkan kegagalan. Ini ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang "takut apa orang kata".Baik atau buruk yang anda lakukan,manusia akan terus bercakap.Anda harus fokus kepada diri anda sendiri dan tanyakan soalan; "Haruskah aku mendengar cakap orang lain atau diriku?" Ingat semua akan janji pada diri anda, wawasan dan matlamat anda.Usah pedulikan suara-suara sumbang itu. Lihat pada mereka dan berkatalah bahawa anda tidak akan jadi seperti mereka.
5. Anda Terlalu Istimewa
Perasaan ini penting untuk membuatkan diri anda mempunyai nilai yangtinggi dan hebat. Selalulah berkata-kata dan berdialog dengan dirianda seperti "I'm great" atau "I'm the best".Percayalah saranan-saranan begini,anda akan merangsang diri anda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi.Untuk membina kekutan dalaman,anda harus menyayangi dan menyanjungi diri sewajarnya.Jangan asyik memuji orang hinggakan terlupa diri sendiri.Itulah sebabnya anda tidak mencapai kejayaan kerana diri anda sendiri merajuk dan tidak pernah dirangsang.
Insan-insan yang berjaya adalah dikalangan mereka yang menurut kata hati sendiri, tahu apa yang dikehendaki dan sentiasa merasakan dirinya terlalu istimewa dan berharga.
aNDa pAStI BoLEh!!!
sALaM pERjUaNGaN DaRI kAMi sssm0607... ('...')

Wednesday, September 9, 2009

MenGgaPai PenCApaiAn TeRHebaT SumBER MoTIvaSI


by sssm0607_um.edu.my
Seringkali bila impian Anda diperlekeh, kerajinan Anda dipandang rendah dan apa jua yang Anda usahakan diperli, Anda jadi murung. Bahkan, Anda jadi rasa tak bersemangat langsung.

Andai kata Anda rabun jauh dan sering ditertawakan dek 'kerabunan' Anda tu, Anda akan rasa malu, terpukul dan kecewa. Bahkan, Anda menyalahkan takdir kerana menjadikan Anda bermata rabun yang menyebabkan Anda terpaksa memakai kaca mata.

Lama-kelamaan Anda cederung memencilkan diri dan asyik memikir kekurangan Anda yang bermata rabun.

Jika Anda ada pemikiran sebegini, hentikan segera. Ia bukan saja meruntuhkan jati diri Anda, bahkan merobohkan kekuatan dalaman yang sebenarnya ada pada Anda. Dalam keadaan tadi, Anda lebih cenderung memfokus pada kekuarangan diri, misalnya bermata rabun.

Lebih banyak Anda memfokus pada kekurangan diri, lebih banyak juga kekurangan yang Anda dapat. Apa saja yang Anda usahakan menjadi kurang, serba tak sempurna.

Last-last, tak menjadi. Semua berpunca dari fikiran Anda yang memfokus pada kekurangan diri.
Mulai hari ini, ubah fokus Anda. Gali kekuatan Anda
.

Tanya diri apa yang Anda boleh buat lebih baik dari orang lain dan apa yang Anda tahu lebih banyak dari orang lain?. Tak perlu lagi merintih. Fokus kepada kekuatan Anda.

Orang-orang yang berjaya, banyak kekurangan sebenarnya. Ada yang datang dari keluarga miskin, berpecah belah, orang susah dan ada juga yang cacat fizikal.

Tapi, orang-orang yang 'kurang' inilah yang banyak mencipta rekod dunia, menggapai kejayaan lebih banyak dari orang yang 'sempurna'.

Mereka tak menjadikan kekurangan fizikal tu sebagai alasan, halangan dan sempadan untuk memajukan diri, tetapi mereka set matlamat yang tinggi lalu berusaha keras mencapainya. Kekurangan diri menjadi perkara kedua.

Oleh kerana selalu diketawakan, dipermainkan dan diperbodoh-bodohkan, mereka tekad memajukan diri supaya dapat diterima, dikenali dan disanjung. Kesannya, ramai dari mereka yang menjadi cemerlang.

Mereka push diri sendiri memburu kejayaan dan meninggalkan 'masa hitam' mereka jauh di belakang. Kenapa pula? Sebab mereka meletak sasaran jauh ke depan, memfokus lalu mengatur strategi untuk tahun-tahun akan datang.

Mereka sedar mereka ada kekurangan dan sedia menerimanya. Mereka tahu kekurangan itu sudah tidak boleh diubah. Tetapi, masa depan masih boleh mereka ubah mulai hari ini!

Anda perlu banyak bersabar bila orang selalu ketawakan Anda, mempermain-mainkan Anda, memprobodohkan, memandang rendah kebolehan Anda ataupun mengejek kekurangan Anda.

Sabar paling perlu di saat ini. Anda perlu kuat menghadapi semua itu, jangan sesekali mengalah.

Andai Anda rasa tak bersemangat, kecewa dan rasa tak ada inspirasi, jangan simpan lama-lama emosi tersebut. Ubah ketawa mereka menjadi satu cabaran supaya Anda menjadi lebih cemerlang dari mereka yang memperlekehkan Anda.

Biasanya orang sebegini malas nak memajukan diri, apatah lagi nak meletak matlamat.

Dekatkan diri Anda dengan kisah-kisah kejayaan orang lain. Jauhkan diri dari mereka yang selalu mentertawakan Anda. Latih diri rajin berdoa, serajin yang mungkin, minta pada Tuhan supaya Anda diberi kekuatan dan kerajinan berusaha.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Bila kita kata pada diri sendiri yang kita kuat, maka kita jadi kuat.

Bila kita kata pada diri sendiri kita ni lemah, tak guna dan kita ni langsung tak ada kebolehan (seperti yang mereka kata) maka itu yang akan jadi.

Ubah pemikiran Anda. Kemudian, tambahkan ilmu, gandakan usaha.

Fikir, yang Anda ada bakat dan Anda boleh buat apa saja yang Anda mahu. Fikirkan itu...cuma itu saja.

Katakan pada diri sendiri, minda Anda hebat, fizikal Anda hebat. Anda boleh membentuk diri sendiri menjadi orang yang hebat, sebab Anda dah dikurniakan minda yang sama hebat dengan orang yang hebat.

Jadi, ambil keputusan untuk menggapai satu pencapaian yang terhebat!

UsaHA tAnGGa KeJaYAaN.....SElaMat MenCubA!!! ('.....')

Anda ingin menjadi pelajar cemerlang?




by sssm0607_um.edu.
1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri.Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang.Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan.Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa,negara,keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga,masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini.Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yangsedar hakikat ini.Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas.Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya.Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak.Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya.Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji,berbincang dengan rakan-rakan,meminta nasihat guru,meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi.Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan,peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja.Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok?Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan.Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin.Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas,pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran,atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.Guru adalah sumber ilmu.Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan(study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih.Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

SeMOga BerJaYA...ANdA PAsTi BolEHHHHHH!!!!InsyaALLAH...('...')