Cara merebut masa
Di sini dibawakan ucapan salah seorang ulama’ iaitu Syeikh Abdul Fatah Abu Ghaddah, di mana beliau pernah berkata: “ Sesungguhnya perbuatan paling penting sekali dalam membantu seseorang untuk merebut masa ialah :
-Mengatur program dengan teratur
-Menjauhkan diri dari menyertai majlis bersifat sia-sia
-Meninggalkan perbuatan dan pertuturan yang melalaikan
-Bergaul dengan ulama’ dan mereka yang berfikiran cergas
-Bersungguh-sungguh dalam bekerja
-Membaca kisah-kisah para ulama’(yang mempunyai sejarah yang baik)sebagai motivasi dan ikutan… kerana ia akan menerbitkan suatu
semangat untuk menghargai dan menjaga masa. Ketahuilah bahawa usia yang panjang pada diri seseorang itu akan beransur lenyap sehari demi sehari dan engkau akan lupa bahawa ia berjalan dengan laju. Yang telah lepas tidak akan berlalu lagi, inilah yang menyebabkan engkau leka dan tidak mengambil faedah darinya.”
Wahai saudara-saudari yang mulia,
Setiap kali usia engkau meningkat tua, maka ketika itulah tanggungjawab engkau semakin besar, hubungan engkau dengan orang lain semakin banyak, masa engkau semakin sempit, tenaga dan kekuatan engkau semakin kurang, tubuh badan bertambah lemah, mutu kesihatan semakin rendah, beban kerja bertambah dan masa menyuntukkan. Oleh itu bersegerelah kamu merebut masa dalam umurmu.
0 comments:
Post a Comment